Wednesday, August 20, 2008

Majlis Penutupan Bicara Tani Peringkat Negeri Sarawak 2008


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْبَصِيْرِ لِعِبَادِهِ الْحَكِيْمِ فِى صُنْعِهِ الْعَظِيْمِ بِتَدْبِيْرِهِ الْقَدِيْرِ الْمُقْتَدِرِ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ أَرْشَدَنَا إِلَى التَّفَكُّرِ فِى خَلْقِ اللهِ لِنَزْدَادَ إِيْمَانًا إِلَى إِيْمَانِنَا وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ
Kami merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu di atas keizinan dan limpah kurnia-Mu, maka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan Majlis Penutupan Rasmi Bicara Tani 2008 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Dr. Hj, Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang kami kasihi, semoga majlis yang mulia ini dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan, kekuatan, hidayah dan kesihatan yang berkekalan agar kami dapat terus memakmurkan muka bumi anugerah pemberianMu ini dan Mudah-mudahan segala nikmat di bumi yang bertuah ini kami berjaya memanfaatkannya.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَارَحِيْمُ
Bersempena dengan majlis yang penuh mulia ini, mudah-mudahan ianya akan menarik minat dan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam sector pertanian dan industri asas tani serta bersikap prihatin terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pertanian. Jauhkanlah kami daripada persengketaan dan perbalahan, dengki khianat , bersifat tamak dan haloba dalam mengejar kepentingan peribadi tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat dan alam sejagat.

يَا مَالِكَ السَّمـوَاتِ وَاْلأَرْضِ
Kurniakanlah kami ilham dan pemikiran yang bernas agar masalah-masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang terbaik ke arah mempertingkatkan sumber pendapatan dan sekaligus dapat merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan Negara kami ke arah menjadi sebuah Negara yang aman, makmur, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin negeri dan Negara kami dan juga kepada seluruh rakyat. Mantapkanlah semangat, iltizam dan keazaman kami dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab ke arah membina dan membangunkan bangsa yang berdarjat dan membina tamadun yang bermartabat.
{رَبَّناَ ءَاتِناَ مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.

Doa Majlis Tilawah Al-Quran


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ اْلإِسْلاَمَ لِلْمُسْلِمِيْنَ نِظَامًا، وَأَنْزَلَ الْقُرْءَانَ الْكَرِيْمَ دُسْتُوْرًا لِلناَّسِ وَبَيَاناً وَجَعَلَهُ حِكَمًا وَحُكْمًا وَأَحْكَامًا. سَعَادَتُهُمْ فِى اْلإِعْتِصَامِ بِحَبْلِهِ وَالْعَمَلِ بِأَوَامِرِهِ وَتَرْكِ نَوَاهِيْهِ وَشِقَاؤُهُمْ فِى إِهْمَالِ الْعَمَلِ بِهِ وَمَا يَحْوِيْهِ.

اَللَّّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍِ وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنْ صَحَابَتِهِ وَءَالِهِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْا بِأَوَامِرِ الدِّيْنِ وَنَشَرُوْهُ نَقِيًّا خَالِصًا لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sempena Majlis Tilawah al-Quran pada kali ini, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-Mu. Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan dari-Mu, kurniakanlah kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau redhai buat selama-lamanya.


اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah ya Tuhan kami, peliharalah negara kami Malaysia khasnya dan negara Islam di seluruh dunia amnya dari keadaan huru-hara dan segala bentuk ancaman. Peliharalah perpaduan kami rakyat Malaysia supaya hidup dalam keadaan aman damai, selamat sejahtera dan taat setia kepada negara.


{رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Majlis Penutupan Safari Memancing Mukah

Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah Safari Memancing Mukah 2008 di Jeti Komersial, Tebingan Mukah pada 20 April 2008

Ya Allah,
Bersempena Dengan Majlis yang kami adakan ini, Kami Menadah Tangan Dengan Rasa Penuh Pengharapan Dan Tawadhu` Agar Engkau Memberkati Dan Merahmati Majlis Kami Ini.

Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Kurniakanlah Balasan Nikmat Yang Tidak Terhingga Kepada Mereka Yang Berusaha Untuk Menjayakannya, Maqbulkanlah segala usaha dan perancangan kami agar segala yang kami rancangkan akan menjadi kenyataan.

Ya Hayyu Ya Qayyum,

Kekalkanlah Semangat Perpaduan Dan Persefahaman Diantara Kami Walaupun Kami Hidup Berbilang Bangsa, Agama Dan Keturunan. Kurniakanlah Taufiq Dan Hidayahmu Supaya Terpancar Iman Di Dada Kami, Untuk Kami Rela Berkhidmat Kepada Agama, Bangsa Dan Negara Dan Dapat Kami Melaksanakan Tugas Dengan Penuh Ikhlas, Amanah Dan Bertanggungjawab.

Ya Allah,
Jadikanlah Kami Sebagai Hambamu Yang Tetap Beriman Dan Bertaqwa, Bersatu Padu Ke Arah Keharmonian, Bertoleransi Antara Berbilang Keturunan. Begitu Juga Jadikanlah Kami Golongan Yang Berani Dan Gagah Perkasa Serta Mempunyai Semangat Jihad Yang Tinggi Untuk Menempuh segala rintangan dan cabaran.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
Makbulkanlah doa dan usaha kami ini, pandulah kami dengan hidayah dariMu untuk melakukan kebaikan dan menemui jalan yang engkau redhai bagi merealisasikan pembentukan ummah yang Gemilang.

Seminar Pembangunan Ummah

Ya Allah,
Bersempena Dengan Majlis Pelancaran Seminar Pembangunan Ummah Negeri Sarawak, Kami Menadah Tangan Dengan Rasa Penuh Pengharapan Dan Tawadhu` Agar Engkau Memberkati Dan Merahmati Majlis Kami Ini.

Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Kurniakanlah Balasan Nikmat Yang Tidak Terhingga Kepada Mereka Yang Berusaha Untuk Menjayakannya, Maqbulkanlah segala usaha dan perancangan kami agar segala visi, misi dan aspirasi kami akan terlaksana dengan jayanya.

Ya Hayyu Ya Qayyum,
Kami Bersyukur Kehadratmu Ya Allah, Diatas Anugerah Nikmat Pembangunan ini, Bahawa Sesungguhnya Pembangunan Dan Kemajuan Negeri dan Negara Kami, Keamanan Dan Kemakmuran Yang Telah Kami Kecapi Sekarang Ini Tidak Akan Tercapai Tanpa Keredhaan Oleh Mu Ya Allah.

Kekalkanlah Semangat Perpaduan Dan Persefahaman Diantara Kami Walaupun Kami Hidup Berbilang Bangsa, Agama Dan Keturunan. Kurniakanlah Taufiq Dan Hidayahmu Supaya Terpancar Iman Di Dada Kami, Untuk Kami Rela Berkhidmat Kepada Agama, Bangsa Dan Negara Dan Dapat Melaksanakan Tugas Dengan Penuh Ikhlas, Amanah Dan Bertanggungjawab.

Ya Allah,
Jadikanlah Kami Sebagai Hambamu Yang Tetap Beriman Dan Bertaqwa, Bersatu Padu Ke Arah Keharmonian, Bertoleransi Antara Berbilang Keturunan. Begitu Juga Jadikanlah Kami Golongan Yang Berani Dan Gagah Perkasa Serta Mempunyai Semangat Jihad Yang Tinggi Untuk Mengembalikan Zaman Kegemilangan Islam Yang Pernah Terukir Dipersada Dunia Di Zaman Yang Lampau.

Doa Majlis ALUMNI SMK Three Rivers, Mukah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ دَعَانَا إِلَى فَسِيْحِ اْلأَمَلِ وَحَثَّنَا عَلَى حُسْنِ الْعَمَلِ وَحَذَّرَنَا مِنَ التَّوَاكُلِ وَالتَّوَانِىْ وَالْكَسَلِ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

يَا اَلله ُ يَا مَالِكُ ياَ قُدُّوْسُ
Engkaulah yang memiliki kuasa pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki. Kami bersyukur kehadrat-Mu ya Allah di atas limpah kurnia-Mu kami dapat berhimpun pada malam ini bagi meraikan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMK Three Rivers, Mukah
يَا اَلله ُ يَا كَرِْيمُ
Di malam yang mulia ini, di saat perjumpaan yang bersejarah dan mengharukan ini, kami menadah tangan memohon doa restu dari-Mu agar apa yang telah kami lalui sebelum ini dan yang akan datang dijadikan pengalaman yang penuh bermakna dan mendapat keberkatan dan perkenan olehMu. Mudah-mudahan Pertuturan kami, pertuturan yang disenangi, pendengaran kami, pendengaran yang direstui, penglihatan kami, penglihatan yang diberkati, amalan kami amalan yang dirahmati, pengorbanan kami pengorbanan yang disyukuri dan jasa kami jasa yang akan tetap diingati.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi insan yang paling sempurna, insan yang berhati waja dan berjiwa merdeka, sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran kea rah memartabatkan agama, ketuanan bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.
يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ
Kekalkanlah nikmat perpaduan, keamanan dan kesejahteraan negeri dan negara kami ini untuk generasi hari ini dan akan datang. Kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat, keberanian dan kesabaran yang unggul semoga tercapai hasrat membina sebuah negara yang lebih makmur, lebih maju, lebih progresif, dan lebih dinamik.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْدُ
Jadikanlah khidmat bakti kami ini suatu perkhidmatan yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi untuk kesejahteraan masyarakat dan menjayakan usaha Negara-bangsa.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Doa Majlis Sambutan Maulidur rasul (Versi English)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَكْرَمَنَا بِمِيْلاَدِ خَيْرِ اْلأَناَمِ أَرْسَلَهُ رَبُّهُ رَحْمَةً وَقُدْوَةً صَالِحَةً يَقْتَدِىْ بِهِ الْمُؤْمِنُوْنَ. وَيَأْبىَ قُدْوَتَهُ الْجَاحِدُوْنَ الضَّالُّوْنَ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ بَعَثَهُ الله ُ لِلإِيْمَانِ مُنَادِياً وَإِلَى الشَّرِيْعَةِ الْغَرَّاءِ هَادِيًا وَدَاعِيًا وَبِالْمَعْرُوْفِ ءَامِرًا وَعَنِ الْمُنْكَرِ نَاهِيًا وَنَشَرَ فِى النَّاسِ مَبَادِئَ الْعَدَالَةِ اْلإِجْتِمَاعِيَّةِ وَالْحُرِّيَّةِ وَالْمُسَاوَاةِ وَاْلإِخَاءِ حَتىَّ صَارَ الناَّسُ بَعْدَ ذَلِكَ بِنِعْمَةِ اللهِ إِخْوَانًا. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ الَّذِيْنَ سَلَكُوْا طَرِيْقَهُ وَاتَّبَعُوْا نَهْجَهُ وَهَدْيَهُ.
يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ

Ya Allah, the Compassionate, the Merciful, grant us peace and Iman, safety and Islam, and guidance to perform all that you please.

Ya Allah, the Generous, the Gracious, grant all goodness to Muslims, and all blessings to the faithful, and all mercies to mankind.

Ya Allah,
In the occasion of Mawlid an-Nabbi’s celebration, we seek your forgiveness our sins, sins of our parents and all Muslim those living and those dead.

Ya Allah, guide this Ummah to do the best, bless this Ummah to be loving and compassionate, help this Ummah to spread good and peace to all mankind.

Ya Allah, remove all conflicts and hatred that is happening. Grant peace and restore human dignity in this world. Safe this earth from destruction due to human ignorance, grant our country and the entire world with safety, peace, calmness, tranquillity, progress and development.

Ya Allah! ذُو الجَلاَلِ و الإِكْرَام (The Lord of Majesty and Bounty),
Please give us, and do not deprive us; and increase for us, and do not decrease us; and be generous to us, and do not be severe with us; and grace us, and do not disgrace us; and help us, and do not forsake us

Ya Allah!
We ask You for all good for this year; the sooner of it and the later; what we know of it and what we don't know; and we seek refuge in You from all evil; the sooner of it and the later; what we know of it and what we don't know.

Ya Allah, may this day of ours be better than yesterday. May our tomorrow be better than today. Please grant us positive outcomes in all our endeavours. Save us from disappointment both in this world and in the hereafter.

Ya Allah, the Gentle, the Sustainer, may peace and calmness prevail in this world. Guide mankind to uphold justice and equality. Protect our young from misguidance. Give us the strength to spread your true message. Strengthen us to be a blessing to all mankind.

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا، رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.



Majlis Pelancaran Program Sejahtera Task Force

DOA SELAMAT SEMPENA MAJLIS PELANCARAN RASMI PROGRAM SEJAHTERA TASK FORCE (STF) III oleh
YABhg Datin Patinggi Jeanne Abdullah isteri Kepada
YAB Perdana Menteri Malaysia
___________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.

Ya Allah ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah dari sisi-Mu untuk engkau memberkati dan merahmati majlis kami ini.

Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami serta Engkau perbaiki urusan agama dan dunia kami ini.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah, kami memohon taufiq dan hidayah-Mu dalam setiap perkara dan restuilah perancangan dan pembangunan yang telah disusun, diatur dan yang telah kami usahakan dalam usaha untuk memajukan dan mengangkat martabat negara bangsa. Bimbinglah para pemimpin kami yang memikul amanah dan tanggungjawab dalam pentadbiran negeri dan negara kami dengan sinaran petunjuk-Mu yang berterusan.

Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian daripada segala malapetaka dan segala sifat keji, hasad-dengki, boros, dan semua sifat negative sepertimana yang engkau tegahkan.

Ya Allah selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجُوْدِ وَالْكَرَمِ

Kami pohonkan limpah rahmat, taufiq dan hidayat bagi pemimpin kami di segenap lapisan dan seluruh rakyat negeri dan negara yang tercinta ini. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama supaya disanjung tinggi dan disegani.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.