Friday, March 6, 2009

Doa Sambutan Maulidur Rasul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

 اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَكْرَمَنَا بِمِيْلاَدِ خَيْرِ اْلأَناَمِ أَرْسَلَهُ رَبُّهُ رَحْمَةً وَقُدْوَةً صَالِحَةً يَقْتَدِىْ بِهِ الْمُؤْمِنُوْنَ. وَيَأْبىَ قُدْوَتَهُ الْجَاحِدُوْنَ الضَّالُّوْنَ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ بَعَثَهُ الله ُ لِلإِيْمَانِ مُنَادِياً وَإِلَى الشَّرِيْعَةِ الْغَرَّاءِ هَادِيًا وَدَاعِيًا وَبِالْمَعْرُوْفِ ءَامِرًا وَعَنِ الْمُنْكَرِ نَاهِيًا وَنَشَرَ فِى النَّاسِ مَبَادِئَ الْعَدَالَةِ اْلإِجْتِمَاعِيَّةِ وَالْحُرِّيَّةِ وَالْمُسَاوَاةِ وَاْلإِخَاءِ حَتىَّ صَارَ الناَّسُ بَعْدَ ذَلِكَ بِنِعْمَةِ اللهِ إِخْوَانًا. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ الَّذِيْنَ سَلَكُوْا طَرِيْقَهُ وَاتَّبَعُوْا نَهْجَهُ وَهَدْيَهُ.

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.

Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

 

Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ إِناَّ نَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِيْ بِهَا قُلُوْبَنَا  وَ تَجْمَعُ بِهَا أُمُوْرَنَا وَ تَلُمُّ بِهَا شَعَثَنَا وَ تَرُدُّ بِهَا الْفِتَنَ عَنَّا وَ تُصْلِحُ بِهَا دِيْنَنَا وَ دُنْيَانَا.

                                                                                                                   

Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ

Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

 

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

 

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir & Kebakaran Pasar Lama Mukah Oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ  وَنَسْتَوْدِعُكَ دِيْنَنَا  وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَمْوَالَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا  اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِى كَنَفِكَ  وَأَمَانِكَ وَجِوَارِكَ  وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ  وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ  وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْيٍ  وَشَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍّ  إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Ya Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu pun kejahatan insan, kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan, jauhkanlah kami dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan.

اَللَّهُمَّ يَا مُتَوَلِّيَ السَّرَائِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِرِ

Ya Tuhan kami, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan di samping memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan, kami juga ingin melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan  kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan.                                                           

اَللَّهُمَّ يَا دَائِمَ اْلإِحْسَانِ

 

 

Ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami, kami yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat menyelamatkan kami dari segala rupa bentuk keburukan mahu pun bala bencana, hanya kekuasaan-Mu jua yang telah menyelamatkan kami dari segala maksiat mahu pun wabak yang sedang melanda kami.     

                                    

Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu  kami harapkan, Rahman    dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah kepada bahaya dan keburukan, lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai hasad dengki di atas sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada kami, justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu.          

                                                               

Sekiranya keburukan telah Engkau qadha ke atas kami, sekiranya kecelakaan telah Engkau tetapkan akan menimpa kami, maka dengan Rahman dan Rahim-Mu ya Allah kami pohonkan, hindarkanlah kami dari segala  keburukan dan kecelakaan itu, agar dapat kami hidup lebih bererti dan lebih bermakna.      

Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa, Kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negeri dan negara umat islam khususnya negeri Sarawak yang bertuah ini, sebagai sebuah negeri yang aman, maju dan makmur. Justeru kami pohon kehadratmu ya allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri dan negara kami akan sentiasa bertambah maju, makmur dan berkat.

                                                        

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا  وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً  ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً {رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Monday, December 22, 2008

Doa Majlis Perkahwinan

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

[Siti Fazlina Binti Hairani & Mohammad Khazsrulhazmie bin Husaini]
___________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka [Mohd Khazsrulhazmie b Husaini dengan pasangan pilihannya Siti Fazlina bt Hairani]
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.
اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ
Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah,
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Wednesday, August 20, 2008

Majlis Penutupan Bicara Tani Peringkat Negeri Sarawak 2008


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْبَصِيْرِ لِعِبَادِهِ الْحَكِيْمِ فِى صُنْعِهِ الْعَظِيْمِ بِتَدْبِيْرِهِ الْقَدِيْرِ الْمُقْتَدِرِ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ أَرْشَدَنَا إِلَى التَّفَكُّرِ فِى خَلْقِ اللهِ لِنَزْدَادَ إِيْمَانًا إِلَى إِيْمَانِنَا وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ
Kami merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu di atas keizinan dan limpah kurnia-Mu, maka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan Majlis Penutupan Rasmi Bicara Tani 2008 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Dr. Hj, Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang kami kasihi, semoga majlis yang mulia ini dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan, kekuatan, hidayah dan kesihatan yang berkekalan agar kami dapat terus memakmurkan muka bumi anugerah pemberianMu ini dan Mudah-mudahan segala nikmat di bumi yang bertuah ini kami berjaya memanfaatkannya.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَارَحِيْمُ
Bersempena dengan majlis yang penuh mulia ini, mudah-mudahan ianya akan menarik minat dan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam sector pertanian dan industri asas tani serta bersikap prihatin terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pertanian. Jauhkanlah kami daripada persengketaan dan perbalahan, dengki khianat , bersifat tamak dan haloba dalam mengejar kepentingan peribadi tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat dan alam sejagat.

يَا مَالِكَ السَّمـوَاتِ وَاْلأَرْضِ
Kurniakanlah kami ilham dan pemikiran yang bernas agar masalah-masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang terbaik ke arah mempertingkatkan sumber pendapatan dan sekaligus dapat merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan Negara kami ke arah menjadi sebuah Negara yang aman, makmur, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin negeri dan Negara kami dan juga kepada seluruh rakyat. Mantapkanlah semangat, iltizam dan keazaman kami dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab ke arah membina dan membangunkan bangsa yang berdarjat dan membina tamadun yang bermartabat.
{رَبَّناَ ءَاتِناَ مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.

Doa Majlis Tilawah Al-Quran


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ اْلإِسْلاَمَ لِلْمُسْلِمِيْنَ نِظَامًا، وَأَنْزَلَ الْقُرْءَانَ الْكَرِيْمَ دُسْتُوْرًا لِلناَّسِ وَبَيَاناً وَجَعَلَهُ حِكَمًا وَحُكْمًا وَأَحْكَامًا. سَعَادَتُهُمْ فِى اْلإِعْتِصَامِ بِحَبْلِهِ وَالْعَمَلِ بِأَوَامِرِهِ وَتَرْكِ نَوَاهِيْهِ وَشِقَاؤُهُمْ فِى إِهْمَالِ الْعَمَلِ بِهِ وَمَا يَحْوِيْهِ.

اَللَّّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍِ وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنْ صَحَابَتِهِ وَءَالِهِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْا بِأَوَامِرِ الدِّيْنِ وَنَشَرُوْهُ نَقِيًّا خَالِصًا لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sempena Majlis Tilawah al-Quran pada kali ini, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-Mu. Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan dari-Mu, kurniakanlah kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau redhai buat selama-lamanya.


اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah ya Tuhan kami, peliharalah negara kami Malaysia khasnya dan negara Islam di seluruh dunia amnya dari keadaan huru-hara dan segala bentuk ancaman. Peliharalah perpaduan kami rakyat Malaysia supaya hidup dalam keadaan aman damai, selamat sejahtera dan taat setia kepada negara.


{رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Majlis Penutupan Safari Memancing Mukah

Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah Safari Memancing Mukah 2008 di Jeti Komersial, Tebingan Mukah pada 20 April 2008

Ya Allah,
Bersempena Dengan Majlis yang kami adakan ini, Kami Menadah Tangan Dengan Rasa Penuh Pengharapan Dan Tawadhu` Agar Engkau Memberkati Dan Merahmati Majlis Kami Ini.

Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Kurniakanlah Balasan Nikmat Yang Tidak Terhingga Kepada Mereka Yang Berusaha Untuk Menjayakannya, Maqbulkanlah segala usaha dan perancangan kami agar segala yang kami rancangkan akan menjadi kenyataan.

Ya Hayyu Ya Qayyum,

Kekalkanlah Semangat Perpaduan Dan Persefahaman Diantara Kami Walaupun Kami Hidup Berbilang Bangsa, Agama Dan Keturunan. Kurniakanlah Taufiq Dan Hidayahmu Supaya Terpancar Iman Di Dada Kami, Untuk Kami Rela Berkhidmat Kepada Agama, Bangsa Dan Negara Dan Dapat Kami Melaksanakan Tugas Dengan Penuh Ikhlas, Amanah Dan Bertanggungjawab.

Ya Allah,
Jadikanlah Kami Sebagai Hambamu Yang Tetap Beriman Dan Bertaqwa, Bersatu Padu Ke Arah Keharmonian, Bertoleransi Antara Berbilang Keturunan. Begitu Juga Jadikanlah Kami Golongan Yang Berani Dan Gagah Perkasa Serta Mempunyai Semangat Jihad Yang Tinggi Untuk Menempuh segala rintangan dan cabaran.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
Makbulkanlah doa dan usaha kami ini, pandulah kami dengan hidayah dariMu untuk melakukan kebaikan dan menemui jalan yang engkau redhai bagi merealisasikan pembentukan ummah yang Gemilang.

Seminar Pembangunan Ummah

Ya Allah,
Bersempena Dengan Majlis Pelancaran Seminar Pembangunan Ummah Negeri Sarawak, Kami Menadah Tangan Dengan Rasa Penuh Pengharapan Dan Tawadhu` Agar Engkau Memberkati Dan Merahmati Majlis Kami Ini.

Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Kurniakanlah Balasan Nikmat Yang Tidak Terhingga Kepada Mereka Yang Berusaha Untuk Menjayakannya, Maqbulkanlah segala usaha dan perancangan kami agar segala visi, misi dan aspirasi kami akan terlaksana dengan jayanya.

Ya Hayyu Ya Qayyum,
Kami Bersyukur Kehadratmu Ya Allah, Diatas Anugerah Nikmat Pembangunan ini, Bahawa Sesungguhnya Pembangunan Dan Kemajuan Negeri dan Negara Kami, Keamanan Dan Kemakmuran Yang Telah Kami Kecapi Sekarang Ini Tidak Akan Tercapai Tanpa Keredhaan Oleh Mu Ya Allah.

Kekalkanlah Semangat Perpaduan Dan Persefahaman Diantara Kami Walaupun Kami Hidup Berbilang Bangsa, Agama Dan Keturunan. Kurniakanlah Taufiq Dan Hidayahmu Supaya Terpancar Iman Di Dada Kami, Untuk Kami Rela Berkhidmat Kepada Agama, Bangsa Dan Negara Dan Dapat Melaksanakan Tugas Dengan Penuh Ikhlas, Amanah Dan Bertanggungjawab.

Ya Allah,
Jadikanlah Kami Sebagai Hambamu Yang Tetap Beriman Dan Bertaqwa, Bersatu Padu Ke Arah Keharmonian, Bertoleransi Antara Berbilang Keturunan. Begitu Juga Jadikanlah Kami Golongan Yang Berani Dan Gagah Perkasa Serta Mempunyai Semangat Jihad Yang Tinggi Untuk Mengembalikan Zaman Kegemilangan Islam Yang Pernah Terukir Dipersada Dunia Di Zaman Yang Lampau.