Wednesday, August 20, 2008

Majlis Kesyukuran Sempena 45 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia

DOA MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA 45 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA
________________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ ذِى الْعِزَّةِ وَالْجَلاَلِ يَنْصُرُ الْعَامِلِيْنَ وَيُعِزُّ الصَّامِدِيْنَ الصَّابِرِيْنَ بِنِعْمَةِ الْحُرِّيَّةِ وَاْلإِسْتِقْلاَلِ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ الْقَوِيْمِ.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.


Sempena dengan sambutan 45 tahun sarawak merdeka dalam Malaysia, kami pohonkan ehsan dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.


Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah Malaysia negara kami yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan diantara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat- menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.


Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.


اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا حَفِيْظُ

Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.
Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.


Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

1 comment:

jabyrmabry said...

CASINO & HOTEL, Casino Lawrenceburg - JMT Hub
CASINO & HOTEL, Casino Lawrenceburg. 시흥 출장안마 1 Casino Drive, 제주 출장샵 Lawrenceburg, SC 군포 출장샵 06301, United 양산 출장안마 States. From Map. Address. 1 태백 출장마사지 Casino Drive. Lawrenceburg,